program & latihan keusahawanan malaysia

Program Latihan Keusahawanan MARA

Program program di bawah latihan keusahawanan meliputi kursus, latihan, seminar, bengkel bagi input pendedahan, pengetahuan dan kemahiran di tahap pembudayaan keusahawanan, pewujudan usahawan serta peningkatan dan pengukuhan yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan dan PUSMA Negeri serta dengan kerjasama agensi agensi kerajaan, swasta dan badan badan bukan kerajaan (NGO).

program & latihan keusahawanan malaysia

Program Skim Khidmat Nasihat Perniagaan MARA

Skim  Khidmat  Nasihat  Perniagaan merupakan  satu  kemudahan  yang  disediakan  bagi membantu menyelesaikan masalah atau meningkatkan prestasi dan produktiviti usahawan/syarikat  melalui  khidmat  nasihat  yang  berkualiti  dan  berkesan yang dikendalikan oleh panel pemudahcara MARA. Ia bertindak  sebagai  satu pusat setempat  (‘one-stop  centre ’) yang  mempunyai kemahiran pelbagai dalam bidang khidmat nasihat untuk ditawarkan kepada usahawan bumiputera.

program & latihan keusahawanan malaysia

Program Pembangunan Pemasaran MARA

Pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Bumiputera rata-rata masih baru dalam industri pembuatan dan pengeluaran. Ramai yang masih tidak dapat menembusi pasaran terbuka dan bersaing secara gagah dengan pengusaha dan pengeluar bukan Bumiputera, apatah lagi untuk mendapat tempat di pelbagai ‘ Hypermarket’ yang telah bertapak dan berkembang di Malaysia ini.
Justeru bagi membantu memperkenal da n mempertingkatkan permintaan ke atas produk-produk keluaran Bumiputera ini, pelbagai aktiviti di bawah Program Pemasaran dan Promosi perlu di laksanakan.

program & latihan keusahawanan malaysia

Program Pembangunan Teknousahawan MARA

Program Teknousahawan MARA adalah merupakan metod untuk peningkatan kapasiti dan kapabiliti usahawan sedia ada kepada usahawan kecil, sederhana (PKS) dan besar (Large Company) mengikut kelas masing ‐ masing yang dilaksanakan melalui kerjasama Rakan Pintar Teknologi antara MARA dengan pihak Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS), Agensi & Badan Kerajaan Penyedia Teknologi atau Sektor Swasta yang mempunyai kepakaran berasaskan penyelidikan dan teknologi strategik.