Panduan Video & Tutorial

Video Panduan Mendaftar di IKS.my

Video Panduan Bagaimana untuk "Claim" Perniagaan Anda

Harap Maaf…Kandungan Sedang Dikemaskini.

Soalan-Soalan Lazim

Bagaimana untuk senaraikan perniagaan saya di IKS.my?

Mudah sahaja. Anda cuma perlu klik pada “Daftar Perniagaan”, kemudian daftarkan akaun anda dan isikan maklumat perniagaan. Sila lihat Video Panduan Pendaftaran yang disediakan di laman ini.

Saya tidak ada emel. Bolehkah saya senaraikan perniagaan saya secara manual?

Boleh. Sila isikan maklumat perniagaan anda dengan lengkap di Borang Pendaftaran Manual dan klik Hantar untuk kami proses.

Kurang mahir dengan komputer & kesukaran mendaftar. Bolehkan IKS.my bantu saya?

Boleh. Sila isikan maklumat perniagaan anda dengan lengkap di Borang Pendaftaran Manual dan klik Hantar untuk kami proses.

Cara lain untuk mendaftar:

Bagaimana untuk saya kemaskini info Perniagaan saya di IKS.my?

Jika anda belum membuat pengesahan sebagai pemilik bagi perniagaan yang disenaraikan, sila buat permohonan pengesahan terlebih dahulu. Setelah disahkan, anda boleh log masuk ke Dashboard untuk kemaskini maklumat perniagaan yang telah disahkan. Sila lihat soalan lazim seterusnya untuk mengetahui bagaimana pengesahan boleh dibuat.

Perniagaan saya tersenarai di IKS.my. Bagaimana untuk saya tuntut sebagai pemilik?

Sila klik maklumat penuh perniagaan tersebut. Di bahagian bawah paparan info perniagaan tersebut akan ada pautan untuk anda menuntut perniagaan tersebut sebagai pemilik. Klik pada pautan tersebut dan isikan borang pengesahan.

claim

Bagaimana IKS.my boleh bantu perniagaan saya?

Platform IKS.my dibina secara khusus bagi memberikan capaian jaringan maklumat tanpa had kepada para pengusaha & peniaga yang menyenaraikan perniagaan mereka di direktori IKS.my. Kami menekankan teknik pencarian data yang berasaskan kata kunci (keywords) “iks”, “sme”, industri setempat, serta pelbagai lagi aspek bagi memudahkan perniagaan anda diketahui ramai di internet melalui enjin-enjin carian popular seperti Google, Bing & Yahoo.

IKS.my juga dilengkapi dengan fungsi geolokasi Google bagi membolehkan pengguna mencari industri/perniagaan yang berdekatan dengan mereka ataupun di lokasi-lokasi tertentu.

Selain itu, IKS.my juga akan memuatkan seberapa banyak informasi berkaitan peluang perniagaan, tips keusahawanan, skim bantuan badan-badan kerajaan, serta peluang memasarkan produk/servis ke peringkat global.

Perniagaan saya hanya dijalankan di rumah. Bolehkah saya daftarkan di IKS.my?

Sudah tentu. Setiap perniagaan yang telah maju itu bermula daripada sesuatu yang kecil pada awalnya.

Adakah IKS.my ada kaitan dengan mana-mana badan kerajaan?

Tidak. IKS.my adalah platform universal.

Saya telah mendaftarkan perniagaan saya, tetapi ianya masih belum tersenarai di dalam direktori?

Setelah anda mendaftarkan butiran perniagaan, ianya akan diproses dan disenaraikan di dalam sistem IKS.my dalam tempoh 24 jam. Beberapa aspek perlu disemak terlebih dahulu bagi memastikan isi kandungan yang lengkap serta mencegah spam.

Selain Direktori IKS.my, apakah khidmat lain yang IKS.my sediakan?

IKS.my sedang merangka beberapa inisiatif lain yang bakal dilancarkan di masa hadapan, antaranya adalah:

  • Penganjuran Kursus-kursus Mini Keusahawanan
  • Khidmat pembangunan laman web di bawah domain IKS.my (cth: bisnesanda.iks.my)
  • Menjalinkan usahasama bagi memasarkan produk tempatan ke pasaran luar negara, terumata sekali produk makanan.

felcra-c jakoa-c keda-c kejora-c kemas-c kesedar-c ketengah-c  mara-c risda-c spa
aam logo-sprm gst iim ksn mampu  msc mygov myhealth2 pcb pemudah pmspk smeinfo