Terma Syarat Penggunaan
Untuk menyenaraikan perniagaan anda di IKS.my, sila pastikan anda telah memahami dan bersetuju dengan terma syarat yang telah ditetapkan seperti berikut.
Pihak IKS.my tidak bertanggungjawab ke atas apa sahaja kerosakan, kerugian, atau penyalahgunaan yang dialami disebabkan penggunaan laman web ini, atau disebabkan menyenaraikan perniagaan anda di sini. Diharapkan para pengguna dapat memahami bahawa IKS.my adalah direktori online umum yang boleh dicapai oleh sesiapa sahaja. Dengan berkongsi maklumat peribadi serta perniagaan anda di IKS.my, anda telah bersetuju dan memberi kebenaran kepada pihak IKS.my untuk memaparkan data tersebut secara umum, berkongsi data tersebut dengan pihak ketiga, badan kerajaan, serta pihak berautoriti bagi tujuan pemasaran & pengiklanan.
Penghapusan Maklumat Perniagaan
IKS.my berhak untuk menghapuskan mana-mana senarai yang didaftarkan atau diletakkan di dalam direktori ini jika didapati ianya tidak mematuhi undang-undang semasa, ataupun mengandungi kandungan yang dilarang seperti pornografi, unsur hasutan, ugutan, perkauman dan seumpamanya. Sebarang kandungan yang dilarang akan dihapuskan sama sekali tanpa perlu memaklumkan kepada pemilik perniagaan terlebih dahulu.
Privasi & Keselamatan
IKS.my berusaha sebaik mungkin untuk memastikan maklumat personal anda selamat, menggunakan teknologi terkini dalam keselamatan internet. Walau bagaimanapun, anda perlu maklum bahawa laman web ini, seperti juga laman-laman web lain, mampu menjadi sasaran penggodam. Anda dinasihatkan untuk tidak meletakkan maklumat yang sensitif atau maklumat yang bukan untuk paparan umum.
Dasar Maklumat Terbuka
Anda juga bersetuju bahawa setiap maklumat yang diletakkan di IKS.my adalah terdedah kepada capaian jaringan umum yang mungkin terdiri daripada bot internet, pencari data “data scrapper”, “web crawler”, penganalisis data, syarikat-syarikat luar, individu, malah sesiapa dan apa sahaja yang mengakses kandungan di laman web ini secara langsung atau tidak langsung. Segala maklumat serta informasi yang dikongsikan oleh pengguna juga akan digunakan bagi tujuan pemasaran serta promosi oleh pihak IKS.my. Pihak IKS.my juga akan berkongsi data pengguna bersama pihak ketiga atau pun badan-badan kerajaan jika dirasakan perlu.
Hak Sebagai Pengguna
IKS.my menghormati hak anda sebagai pengguna. Jika anda mendapati kandungan yang terdapat di laman ini dirasakan tidak sesuai, sila adukan ke admin@iks.my. Anda juga boleh memohon untuk mengeluarkan perniagaan anda dari senarai IKS.my dengan menghubungi kami di admin@iks.my.
Kemaskini
IKS.my berhak untuk mengubah terma syarat penggunaan ini dari semasa ke semasa. Ianya adalah tanggungjawab anda untuk memastikan anda sedia maklum dengan terma yang terkini.
Komunikasi
Jika anda mempunyai sebarang aduan, pertanyaan, atau cadangan, sila hubungi kami melalui medium perhubungan yang telah disediakan di laman web ini.
Dikemaskini: 1 Januari 2017