Dasar Privasi

1. Polisi privasi

Terima kasih kerana membaca penyataan Dasar Privasi kami.

IKS.my adalah komited dalam melindungi perkara-perkara privasi berkenaan ke semua pengguna laman web ini. Sekiranya anda hanya melayari laman web ini, kami tidak akan dapat meperolehi data yang membolehkan kami mengenalpasti anda secara individu. Sekiranya anda memilih untuk membuat suatu permohonan atau menghantar e-mel kepada kami dimana anda memberikan data persendirian yang boleh dikenalpasti, kami mungkin berkongsi sebahagian dari maklumat yang terkandung di dalam data yang anda daftarkan atau data yang berkaitan kepada pihak-pihak ketiga, dengan syarat, data persendirian yang boleh dikenalpasti tidak akan disertakan, kecuali sebagaimana yang dibenarkan secara khusus oleh anda atau dipercayai dengan jujurnya bahawa tindakan itu adalah diperlukan dalam mematuhi undang-undang, tatacara perundangan, bagi penguatkuasaan terma dan syarat, atau di dalam mana-mana keadaan lain yang ditetapkan di bawah polisi privasi kami, seperti mana yang mungkin dipinda dari semasa ke semasa.

‘Cookies’

‘Cookies’ adalah sebahagian daripada sistem pengurusan isi kandungan. ‘Cookie’ adalah satu unit data yang di simpan pada ‘hard drive’ pengguna sewaktu pengguna melawat suatu laman web khusus. Ia mengandungi maklumat ringkas mengenai identiti pengguna tetapi tidak mengandungi maklumat peribadi. Apabila pengguna menutup ‘browser’, ‘cookie’ tersebut akan terhapus. Sistem akan memberitahu pengguna sebelum sebarang ‘cookie’ yang kekal digunakan agar pengguna boleh menolaknya.

Walau bagaimanapun, pengguna sepatutnya mengambil maklum bahawa laman-laman web luaran yang boleh diakses melalui laman ini juga menggunakan ‘cookies’. Maklumat yang disimpan di dalam sesuatu ‘cookie’ hanya boleh dibaca oleh ‘web server’ asal yang menghantar ‘cookie’ tersebut. ‘Web server-web server’ tidak boleh membaca ‘cookie’ yang dihantar oleh ‘web server-web server’ lain.

Pautan

Laman web ini mengandungi pautan kepada laman-laman web lain. IKS.my tidak bertanggungjawab ke atas amalan privasi yang diamalkan oleh laman web lain. Kami menyarankan agar para pengguna mengambil maklum mengenai perkara ini apabila meninggalkan laman kami.

Fail Log

Fail log kepada laman yang dilawati oleh para pengguna akan digunakan bagi menganalisa arus terkini dan bagi mentadbir laman tersebut dan juga untuk mengenalpasti pergerakan pengguna bagi tujuan penambahbaikkan laman ini. Rekod kami tidak mengandungi sebarang maklumat peribadi mengenai pengguna.

Maklumbalas

Kami akan berusaha untuk memberi respon kepada ke semua maklumbalas yang disertakan dengan alamat e-mel yang sah. Sebarang maklumbalas yang diterima (contohnya ; e-mel) akan dilayan secara privasi oleh suatu kumpulan yang dilantik dan akan hanya digunakan bagi tujuan penambahbaikkan perkhidmatan kami kepada anda. Alamat e-mel anda yang disertakan akan hanya digunakan bagi tujuan seperti yang telah dinyatakan oleh anda dan tidak akan dimasukkan ke dalam mana-mana senarai surat-menyurat tanpa mendapatkan persetujuan anda terlebih dahulu melalui suatu permintaan khusus secara bertulis. Kami tidak akan menggunakan atau mendedahkan alamat e-mel anda bagi sebarang tujuan lain tanpa persetujuan bertulis dari anda terlebih dahulu.

Perlindungan

Kami akan mengambil langkah perlindungan dalam menyimpan dan mengawal maklumat yang kami perolehi mengenai pelawat-pelawat laman web. Perlindungan ini berbentuk fizikal, elektronik atau prosedur.

2. Polisi Pautan

Laman-laman yang disenaraikan adalah bukan sebahagian daripada laman web IKS.my. Pautan-pautan ini disediakan untuk makluman anda. IKS.my tidak semestinya menyokong pandangan-pandangan yang diutarakan pada laman-laman itu, mahupun mengesahkan ketepatan maklumat-maklumat tersebut. Sila rujuk penyataan penafian dan hak cipta.

IKS.my tidak bertanggungjawab ke atas amalan-amalan privasi bagi laman-laman web yang lain. Kami menyarankan agar para pengguna menyedari bahawa apabila mereka meninggalkan laman kami agar membaca penyataan-penyataan privasi laman-laman web lain tersebut.

3. Polisi Kuasa Kebenaran

Hak Cipta

Hak cipta wujud pada pelbagai kerja-kerja di dalam laman web ini. Hak cipta bagi bahan-bahan yang terdapat pada IKS.my adalah sebahagiannya hak milik IKS.my dan juga pihak sumber-sumber asal yang tertera pada bahan-bahan yang dipaparkan.

Penggunaan Bukan Komersil

Selain daripada penggunaan yang dibenarkan di bawah Akta Hak Cipta 1987, pemilik hak cipta tersebut (“pemilik”) memberi keizinan kepada pelawat-pelawat laman ini untuk memuat turun, mempamer, mencetak dan menghasilkan semula isi kandungan tersebut (“isi kandungan” merujuk kepada maklumat, perisian, gambar-gambar, grafik-grafik dan bahan-bahan lain) bagi kegunaan persendirian atau bagi kegunaan di dalam lingkungan organisasi pelawat, bagi tujuan bukan komersil sahaja.

Bahan-Bahan Pihak Ketiga

Sila ambil maklum bahawa laman web ini mengandungi pautan kepada sejumlah besar laman-laman berlainan yang menempatkan isu-isu berkaitan ekonomi dan keusahawanan. Apabila anda klik pada laman yang berlainan, anda telah pun meninggalkan laman ini, dan kebenaran di atas berhubung penghasilan semula bahan tidak lagi berkaitan.

Sebahagian daripada bahan-bahan dan unsur-unsur grafik yang terdapat pada laman web IKS.my adalah tertakluk di bawah hak cipta yang dimiliki organisasi-organisasi berkaitan. Dalam situasi sebegini, terdapat halangan-halangan ke atas penghasilan semula bahan-bahan atau unsur-unsur grafik adalah berkaitan dan terdapat keperluan untuk mendapatkan kebenaran daripada pemegang hak milik tersebut sebelum bahan tersebut dihasilkan semula. Bagi mendapatkan maklumat tentang pemilikan hak cipta dah halangan-halangan ke atas penghasilan semula pada laman ini sila hubungi IKS.my.

Dikemaskini : 1 Januari 2017