E.O.S. WORLD merupakan sebuah syarikat yang beroperasi di Kangar, Perlis dengan fokus kepada pembangunan usahawan, latihan pemasaran digital serta perkhidmatan sokongan perniagaan.
Kami memberi perhatian khusus kepada usahawan mikro, komuniti B40 serta individu yang memerlukan bimbingan lebih dekat untuk membina kemahirandan keyakinan dalam menggunakan teknologi digital bagi menyokong perkembangan perniagaan.
Selain latihan, E.O.S. WORLD turut menyediakan perkhidmatan sokongan korporat, pembangunan bahan dan dokumentasi perniagaan serta menjalinkan kolaborasi strategik bersama agensi, organisasi dan komuniti.
E.O.S. WORLD berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan komited untuk terus berkembang sebagai rakan pembangunan yang membantu memperkasa usahawan daripada ilmu kepada tindakan dan perkembangan perniagaan.



