Terminex Pest Control Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat perkhidmatan kawalan perosak profesional yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam industri pengurusan perosak di Malaysia. Syarikat ini beribu pejabat di Batu Caves, Selangor, serta mempunyai rangkaian cawangan bagi memenuhi keperluan pelanggan di seluruh negara.
Terminex menawarkan penyelesaian menyeluruh melalui konsep Integrated Pest Management (IPM) yang merangkumi kawalan dan pencegahan pelbagai jenis perosak seperti anai-anai, tikus, lipas, semut, nyamuk serta serangga lain bagi sektor kediaman, komersial dan industri. Selain itu, syarikat kami turut menyediakan perkhidmatan fumigasi, sanitasi, kawalan kulat dan disinfeksi untuk memastikan persekitaran yang selamat, bersih dan bebas risiko kesihatan.
Dengan penggunaan teknologi moden, bahan berkualiti tinggi yang selamat serta tenaga kerja yang terlatih dan berlesen, kami komited dalam memberikan perkhidmatan yang efektif dan berstandard tinggi. Syarikat kami juga mematuhi piawaian ISO 9001:2015, serta berdaftar dengan badan berkaitan seperti Lembaga Racun Makhluk Perosak Malaysia dan Persatuan Kawalan Perosak Malaysia (MPMA).
Sebagai sebuah syarikat yang menitikberatkan kepuasan pelanggan, kami bukan sahaja menyediakan perkhidmatan rawatan, malah turut aktif dalam memberi konsultasi, latihan dan program pendidikan bagi meningkatkan kesedaran tentang pengurusan perosak yang selamat dan berkesan. Matlamat utama syarikat adalah untuk menjadi penyedia penyelesaian kawalan perosak yang dipercayai serta memberi ketenangan kepada pelanggan dalam kehidupan harian mereka.



