Lanuuri merupakan pengeluar dan pengedar makanan sejuk-beku tradisional yang kebanyakannya berasaskan daun pisang. Kami ingin membantu pelanggan menikmati kuih tradisional dalam masa yang singkat disediakan, makan bila-bila masa yang diperlukan.
Kami juga menyediakan perkhidmatan OEM bagi usahawan diluar sana yang ingin memiliki produk kami atas nama sendiri. Setakat ini, kami mempunyai 12 produk yang telah dikomersialkan dan permintaan paling tinggi adalah lepat ubi, lepat pisang & koci pulut hitam.
Produk kami telah berada di beberapa negeri seperti Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dimana kedai yang menjadi tarikan penduduk setempat.
Pada ketika ini, kami giat dalam penyediaan pensijilan halal untuk menembusi pasaran hypermarket di seluruh Malaysia. Layari media sosial kami khususnya TikTok (Lanuuri) untuk info terkini. Terima Kasih.