Verified
Plaza Grand Millennium Penampang
Block D, Lot 30, Ground Floor Kota Kinabalu Sabah 88200 MY
01658876950165887695
01658876950165887695

Hivang Ohana Trading selepas ini disebut ‘HOT’ merupakan sebuah syarikat milik perkongsian yang ditubuhkan pada Oktober 2019. Pada masa ini, HOT tertumpu kepada perniagaan kecil-kecilan iaitu kedai serbaneka, menjual pelbagai barangan keperluan harian termasuk mengeluar dan menjual Home-based Product atas jenama Ohana iaitu Sambal Tausi (Kacang Hitam) dan Chili Podosss (Chili Pedas).

HOT mempunyai matlamat untuk mengetengahkan pengeluaran dan pemasaran Home-based Product Ohana Sambal Tausi (Kacang Hitam) dan Ohana Chili Podosss (Chili Pedas). Seterusnya HOT ingin menjadi pusat pengeluar tempatan bagi produk tersebut dalam tempoh 2 tahun dari permulaan penjualan bagi memperluaskan lagi pasaran dalam Negeri mahupun luar Negeri, seterusnya luar Negara.

HOT mengutamakan 3 aktiviti iaitu pengeluaran Produk, Pemasaran dan Perkhidmatan. Pengeluaran produk akan dilakukan secara konsisten sebanyak 100 unit seminggu bagi setiap 2 produk utama tersebut. Di mana pemasaran dilakukan pada setiap hari di kedai HOT, juga di hujung minggu di mana pemasaran dilakukan di Tamu, Pasar Mingguan dan Pusat Membeli-belah. Manakala, perkhidmatan diberi seperti memperkenalkan produk keluaran HOT, menerangkan bahan-bahan yang digunakan dan pada masa yang sama menyediakan ‘tester’ untuk lebih meyakinkan pelanggan citarasa produk keluaran HOT.

Home-based product HOT ini dikeluarkan dengan mutu dan kualiti yang setanding dengan harganya serta mengikut citarasa yang disukai ramai.

Contact Person
Lea Anthony